DARI DESKTOP EDITOR


Assalamualaikum WarohMatullah Hiwabarokatuh dan Salam Sejahtera!

Alhamdulillah setelah dibuka pada awal 2006 lalu (website lama www.hartanahmelayu.com - kini sudah tidak aktif kerana saya pindahkan ke blogspot!) sehingga kini laman ini telah dikunjungi seramai hampir 5,000 pengunjung (data dari Yahoo iaitu tempat hosting laman ini), iaitu sesuatu yang tidak dijangka memandangkan isi dan tajuk yang diperbincangkan di sini sama sekali begitu asing dan tidak popular di kalangan orang-orang dan Usahawan Melayu.

Saya katakan begitu kerana tidak ramai orang kita memahami apa yang diperkata dan diketengahkan oleh saya menerusi laman ini walaupun kebanyakkan orang Melayu telah lama bertapak di alam perniagaan. Yang lebih sering diketengahkan disini oleh pengunjung-pengunjungnya adalah berkisar tentang jual-beli rumah dan tanah; iaitu sejenis perniagaan hiliran dari perniagaan teras ini iaitu pembangunan hartanah!

Namun begitu itulah hasrat saya sebenarnya iaitu bagi menyebarkan ilmu yang ada pada saya khususnya dalam perniagaan Pemaju Hartanah yang telah saya kecimpungi sejak hampir 12 tahun yang lalu.



Seminar Usahawan Pemaju Hartanah Melayu

Antara kejayaan manis bagi pihak saya sebagai pemilik dan pengendali laman ini ialah kejayaan mengadakan SEMINAR USAHAWAN HARTANAH MELAYU pada September 2006 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Usahawan dan Pembangunan Koperasi Dato’ Khamsiah Yeop.

Seminar yang telah dianjurkan secara bersama Gerakan Belia 4B Negeri Selangor di mana saya merupakan Setiausaha Kehormatnya telah berjaya diadakan walaupun hampir separuh dari peserta termasuk pihak kementerian tidak memahami apa yang sebenarnya ingin diketengahkan oleh kami!

Justeru itu tidak hairanlah jika seminar itu telah tersasar dari definasi dan fokus perbincangan di mana yang lebih digemburkan oleh pihak media dan kementerian adalah berkenaan dengan penarikan balik lesen-lesen kontraktor kelas F yang ketika itu sedang hangat diperkatakan! Perlu dinyatakan di sini bahawa perniagaan kontraktor juga adalah perniagaan hiliran yang tercetus dari perniagaan teras pembangunan hartanah!

Samasekali juga tidak tercatat apa yang pihak kami terutamanya petikan ucapan dari YB Dato’ Haji Ahmad Bhari selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Selangor berkenaan lebih RM6 billion peruntukkan kos pembinaan dari Pemaju-Pemaju Hartanah di Malaysia yang terdiri dari bukan bumiputera, syarikat korporat dan syarikat kongolemerat serta anak-anak syarikat Kerajaan Negeri bagi membina perumahan, komersil, industri dan lain-lain pemajuan hartanah tidak direbut oleh kontraktor-kontraktor Melayu ataupun tidak menyedari pun peruntukkan kos tersebut kerana tidak berpeluang menyertai sektor ini kerana kekurangan Pemaju-Pemaju Melayu yang aktif.



Namun begitu hasil dari perbincangan peribadi saya dengan Timbalan Menteri bahawa Usahawan Pemaju Hartanah Melayu perlu bergabung untuk mewujudkan perniagaan di bawah satu koperasi telah juga membuka mata saya untuk mewujukan sebuah koperasi. Tetapi hasil kajian saya mendapati ada baik dan buruknya bergabung di bawah koperasi ini. Baiknya yang utama telah wujud dana-dana utk memajukan tanah-tanah tetapi kebanyakkan koperasi masakini lebih menumpukan aktiviti mencari tanah (atau memohon tanah dari kerajaan) kemudiannya mencari rakan usahasama kemudian menjual rumah semula kepada ahli. Saya masih mengkaji lagi aspek kebaikan ini!

Tetapi keburukan yang nyata di sini apabila akan ada ahli yang bijak berpolitik dan menguasai koperasi untuk kepentingan diri dan pengikutnya! Bertitik-tolak dari situ, sesebuah koperasi akan mudah menjadi medah rasuah dan salahguna kuasa untuk mengaut keuntungan samada diketahui ahli atau tidak.

Jumpa lagi di posting saya akan datang...!

Catat Ulasan

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik