Pilihanraya Majlis Tempatan? Satu Ancaman kepada Melayu...


Pandangan Singkat Kepimpinan Melayu Hari Ini

Bila mana saya terdengar berita terdapat beberapa pihak (tidak dapat saya pastikan pihak yang mana) mengusulkan agar Pilihanraya Majlis Tempatan diadakan semula, timbullah keresahan yang amat dalam di dalam di hati ini di manalah agaknya letak duduknya orang-orang Melayu selepas ini? 

Umum mengetahui bahawa kebanyakkan penduduk bandar adalah terdiri dari kalangan bukan Melayu dan ini menatijahkan seribu persoalan samada persoalan ini timbul akibat dari perjuangan samarata yang dilaungkan oleh saudara Anwar Ibrahim atau ketidaktajaman fikiran dan pandangan yang singkat oleh kepimpinan Melayu hari ini dalam mempersoalkan perkara ini! 

Kadar pemilikan hartanah Melayu adalah amat menyedihkan! Ada seorang pelajar Melayu dari sebuah institusi pengajian tinggi yang dulunya menjadi lombong pencambahan minda dan professional Melayu telah email saya bertanya tentang kadar pemilikan ini dan saya beri dia advise utk mendapatkan maklumat ini di Pejabat-Pejabat Majlis Perbandaran atau Dewan-Dewan Bandaraya bertempat di Pejabat Penilaian Harta. Esoknya dia email saya semula dan menyatakan rasa amat terkejut dengan kadar pemilikan harta Melayu (atau bumiputera) adalah amat rendah sekali dan merasa sedih kerana ianya tidak dihebohkan oleh media untuk dijadikan ajenda seperti laman web/blog hartanahmelayu ini! 

Saya meletakkan kesalahan ini kepada kepimpinan Melayu terutamanya di kalangan parti UMNO yang kononnya asas perjuangan partainya adalah untuk membangunkan orang Melayu dan agama Islam! Tidak perlu beri pelbagai alasan lagi kerana setelah lebih 50 tahun memegang tampuk pemerintahan di bawah gabungan Barisan Nasional, kalangan pemimpin Melayu UMNO itu sebenarnya gagal membawa inspirasi serta pendek akal dalam membawa gagasan memperkasakan hartanah Melayu.  Lebih malang lagi, sebaliknya mereka tidak memahami kenapa gagasan ini perlu pada perjuangan orang-orang Melayu!

"...kalangan pemimpin Melayu UMNO itu sebenarnya gagal membawa inspirasi serta pendek akal dalam membawa gagasan memperkasakan hartanah Melayu.  Lebih malang lagi, sebaliknya mereka tidak memahami kenapa gagasan ini perlu pada perjuangan orang-orang Melayu!"

Pemimpin-pemimpin ini adalah lambang pemimpin Melayu yang bodoh dan sombong serta tidak mahu mendalami ilmu keperluan hartanah kepada bangsa Melayu. Beratus ribu ekar tanah-tanah kerajaan dengan mudahnya berpindah tangan kepada bukan Melayu yang pada awalnya diberi kepada pemimpin Melayu dan kalangan usahawan-usahawan segera yang diciptakan oleh UMNO untuk berkhidmat hanya pada mereka dan tidak kepada rakyat dan orang Melayu khususnya! 

Dan sedihnya pula kalangan pemimpin Melayu bodoh ini juga meluluskan dengan banyaknya hartanah-hartanah yang tidak mampu dimiliki oleh khalayak orang Melayu yang ramai! Maka terjuallah kebanyakkan hartanah-hartanah ini kepada bukan Melayu yang mengakibatkan penduduk di bandar-bandar dipenuhi dengan penduduk bukan Melayu! Ini tidak termasuk pula hartanah persendirian yang dimiliki oleh bukan Melayu, tetapi tidak perlulah kita bincang perkara ini kerana adalah menjadi hak mereka menjual hartanah yang melambung-lambung tinggi kerana harus kita hormati hakmilik mereka! Sukahati merekalah nak buat apa! 

Kelulusan Kedai Arak, Pub, Rumah Urut dan Pusat Hiburan

Justeru itu marilah kita kaji apa sebabnya kita perlu merasa resah dan bimbang, bilamana nanti jawatan Yang DiPertua Majlis dan ahli-ahli Majlisnya terdiri dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam yang akan menentukan kelulusan-kelulusan kedai-kedai arak, pub, rumah-rumah urut dan pusat-pusat hiburan dengan banyaknya tanpa lagi perlu menjaga sensiviti kaum kita! Memanglah tatkala inipun telah wujud banyak pusat-pusat seperti itu tetapi masih dikawal dan dijaga agar beberapa parti politik, NGO dan pemimpin-pemimpin agama tidak melenting! maknanya masih ada malu-malu walaupun mereka mahu....!

Janganlah pula merasa pelik apabila kita mengatakan bahawa agama rasmi Malaysia adalah Islam tetapi di tengah-tengah bandar dan pinggir bandar penuh dengan bangunan-bangunan tokong, kuil-kuil dan gereja-gereja samada di bangunan kedai-kedai dan pusat perdagangan mahupun di kawasan perkilangan, kawasan perumahan dan pusat konvensyen yang bertukar menjadi tempat ibadat kerana kelulusan-kelulusan dan rayuan permohonan dibuat kepada Majlis-Majlis Tempatan iaitu di bawah undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan! Inilah perjuangan Gagasan Samarata dalam Harapan Baru menuju Malaysian Malaysia. Di mana Melayu?

Saya hanya mampu menjetik jari pada keyboard!

Catat Ulasan

1 Ulasan

ciku berkata…
Jangan lupa selama ini pun kalau menurut sejarah, yang menjatuhkan Melayu pun Melayu juga. Tewasya Melaka di tangan Portugis adalah kerana khianat Melayu juga. Bermaharaja lelanya Jepun di Tanah Melayu akibat tali barut Melayu juga. Korupsi kerajaan adalah orang Melayu. Yang dapat pink form saham orang Melayu akhirnya jual balik. Yang memperbodohkan Melayu kampong pun wakil rakyat Melayu juga. Sekarang ni saudara Anuar Ibrahim adalah Melayu juga. Khalid Ibrahim pun Melayu. Sebab tu mamak Mahathir pernah kata Melayu mudah lupa.
Tinggalah orang-orang Melayu macam kami yang belum pernah menikmati erti kemerdekaan ini yang tiada sesiapa membela diperkotak-katikkan oleh melayu-melayu yang pandai, yang kaya raya, yang berjaya, yang berpengaruh mengeksploitasikan hak-hak kami di bumi kami ini. Andainya ada pedang sakti di tangan saya sudah pasti akan ku sumpah mereka itu semua menjadi katak agar dimakan oleh ular-ular berbisa lantaran pengkhianat kepada bangsa dan negara......

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik