Saya menjadi hairan bilamana masih ada orang Melayu yang sinikal dan menidakkan laluan perjalanan hidup mereka selama ini di negara ini seperti seolah telah ditipu, ditindas dan dianiayai oleh pemimpin-pemimpin Melayu terutamanya dari parti politik yang memerintah negara iaitu UMNO.
Saya juga tersenyum lebar dan kadang-kala tertawa kecil apabila ada orang Melayu yang marahkan orang-orang Melayu yang pada asalnya miskin dan papa kedana tetapi kini sudah menjadi kaya-raya dan berjaya. Dan sedikit kecewa apabila mereka menuduh semua orang Melayu yang kaya-raya itu adalah hasil daripada penyelewengan dan rasuah politik UMNO.
Mulanya saya tidak mahu ambil pusing, tidak mahu melayan orang Melayu yang masih mengisi kehidupannya dalam kepompong lama dan tidak mahu berubah atau menganjak diri dan mindanya ke arah keterbukaan globalisasi, jauh dari bersifat perkauman, kedaerahan, kenegerian atau kenegaraan.
Dalam juzuk pemikiran yang mengharapkan segala keperluan kehidupan sepatutnya diberi kepada mereka seperti bola datang kepada mereka, seperti sudu makanan terbang ke mulutnya dan seolah duit dihantar setiap malam oleh'toyol-toyol' belaan mereka tanpa perlu mereka bekerja dan berusaha; hanya semata-mata kerana negara kita dipimpin oleh parti kaum Melayu yang terbesar!
Ironinya mereka tidak pula menyalahkan bangsa lain seperti kaum Cina dan India apabila mereka terus menjadi kaya-raya walaupun perniagaan mereka kebanyakkannya berteras kepada usaha mereka 'menyogok' atau 'merasuah' pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan berbangsa Melayu dari peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat kakitangan bawahan!
Saya lebih melihat permasalahan atau ketirisan kejayaan orang-orang Melayu atau usahawan Melayu dari sudut kegagalan orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan sendiri di mana mereka sepatutnya menjadi pelaksana kepada dasar-dasar kerajaan yang telah digubal.
Sebenarnya kita telah ada pelbagai dasar bagi membentuk keistimewaan kepada bangsa Melayu yang secara langsungnya kepada usahaniaga orang Melayu. Kita telah ada dasar pembangunan tanah rezab Melayu, kita ada Dasar Ekonomi Melayu dan kita ada lagi pelbagai, tetapi bila tiba kepada perlaksanaannya kita terpaksa bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Kita ada dasar mewujudkan masyarakat perdagangan khususnya untuk orang Melayu, tetapi bagaimana perlaksanaannya di peringkat Jabatan-Jabatan Kerajaan? Kita ada dasar pemberian kontrak, pembentukan Kelas-kelas Kontraktor di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (Unit Khimat Kontraktor) tetapi bila tiba kepada perlaksanaannya, kita dapati pemaju-pemaju tidak diarahkan memilik kontraktor-kontraktor mengikut kuota.
Saya pernah menulis artikel bahawa di saat kontraktor bumiputera 'menyalak' kepada kerajaan kerana ketiadaan kerja, kontraktor bangsa lain tidak perlu merujuk kepada mana-mana Jabatan Kerajaan dan bergantung penuh kepada pemaju-pemaju dari sektor korporat, GLC dan bangsa lain. Jumlah dagangan bukannya sedikit tetapi mencapai kepada RM1 billon setahun.
Anehnya masih ada orang Melayu yang marahkan usahawan orang Melayu bila mereka berjaya dalam perniagaan dan dikaitkan dengan politik dan salahguna kuasa. Bagaimana pula pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi kaya-raya kerana mempermudahkan urusan peniaga-peniaga bangsa lain? Saya menyatakan ini kerana saya juga terlibat secara langsung dalam permalasalah ini sehingga kekadang hilang daya saing dan keupayaan dalam meneruskan perniagaan yang melibatkan perlesenan, permit dan pelbagai akta yang memerlukan berurusan dengan pegawai dan kakitangan kerajaan.
Adalah nyata usahawan Melayu terpaksa bersaing secara samarata dengan bangsa-bangsa lain apabila berurusan dengan pegawai-pegawai Kerajaan. Jadi bila mana ada usahawan-usahawan yang berjaya melepasi halangan ini, seharusnya mereka dibantu lagi mengembangkan perniagaan mereka atas dasar keistimewaan Melayu itu sendiri. Ini tidak masuk lagi apabila terpaksa bersaing bila mana terdapat pegawai-pegawai kerajaan sendiri memasang proksi samada di peringkat kepimpinan politik tertingga atau peniaga bangsa lain.
Tanah Rezab Melayu hanya dikelasifikasikan sebagai istimewa tetapi di mana keistimewaannya? Sebenarnya tiada keistimewaannya untuk membangunkan tanah rezab Melayu, masih perlu bayar premium, masih perlu dapatkan kelulusan perancangan walaupun sudah dizonkan dalam kawasan perumahan dan lain-lain lagi. Bila hendak mendapatkan kemudahan bank, nilainya juga jatuh!
Adakah ini keistimewaan atau halangan?

0 Ulasan