Ya, saya telah tidak menulis sepanjang hampir setahun. Tidak juga menyepi dan tidak juga merajuk. Tidak juga terlalu sibuk tetapi memadailah saya katakan sepanjang tempoh itu tiada apa yang menarik untuk diperkatakan tentang hartanah melayu. TIADA APA?
Ya, tiada apa. Pertamanya saya telah gagal menghimpunkan rakan-rakan Pemaju Perumahan Melayu di peringkat nasional untuk menubuhkan Persatuan Pemaju Hartanah Melayu/Bumiputera Malaysia yang memerlukan sekurang-kurangnya ahli-ahli penaja dari 5negeri yang berbeza.
Keduanya individu (bekas wakil rakyat) yang diharap dan bakal dilantik menjadi Pengerusi kepada persatuan ini telah hilang fokus kerana masih lagi berharap menjadi 'orang penting' kepada pemimpin-pemimpin negara dan mula mempertajamkan semula pengaruhnya di dalam politik; suatu kerja atau ajenda yang cukup menyibukkan dan nyatanya menjadi penghalang!
Walau apapun tidak perlulah menuding jari menyalahkan sesiapa kerana diri sendiri juga perlu dipersalahkan kerana saya dimaklumkan terdapat aktiviti bagi penubuhan Persatuan Pemaju Perumahan Bumiputera yang digiatkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa tertinggi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia tetapi nampaknya sehingga kini masih tidak ada perkembangan mutakhir bagi penubuhan ini. Akhirnya sikap tunggu dan lihat ini menjangkau tempoh bertahun dan bila kawan-kawan mula bertanya; saya juga tertanya-tanya kenapa jadi begini?
Perkara ajenda ketuanan Melayu tak perlu lagi rasanya saya perkatakan kerana ianya telah diperkatakan dan akhirnya kita lihatlah apa yang akan terjadi...
SELCAT telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Selangor tetapi anehnya ianya menjadi kontrovesi politik parti-parti politik termasuk di dalam Pakatan Rakyat sendiri! Sudah seharus dan sepatutnya Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakayat membawa satu pendekatan baru atau tidak meneruskan pendekatan yang diamalkan oleh kerajaan BN lalu dan ianya mestilah berwajah baru.
Jauh di sudut hati saya merasakan ini bukanlah sautu isu perkauman tetapi lebih daripada itu ialah isu kerajaan memberikan perkhidmatan kepada rakyat jelata tanpa mengira darjat dan pangkat. Wajarlah pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan khususnya di negeri Selangor yang rata-ratanya berbangsa Melayu sedar bahawa mereka tidak kebal berada di dalam bilik-bilik pejabat yang mereka duduki sekarang.
Seharusnya pegawai/kakitangan Melayu ini sedar bahawa rakyat Malaysia berketuruan Cina dan India malah Benggali juga layak menjadi Pegawai Daerah dan Yang DiPertua Majlis-Majlis Perbandaran malah sebagai Datuk Bandar kerana rata-rata mereka juga berkelayakan dari segi akademik dan pengalaman dalam pentadbiran, cuma mereka tidak diberi peluang menunjukkan keupayaan mereka kerana secara tersirat telah ditetapkan oleh BN menerusi perjuangan UMNO hanya orang Melayu yang lebih layak diletakkan di situ oleh JPA.
Seharusnya juga pegawai/kakitangan Melayu ini sedar bahawa purata prestasi kelayakan akademik pelajar-pelajar Cina dan India juga Benggali jauh lebih baik hampir di semua universiti-universiti awam atau swasta yang rata-rata kelayakan pelajar Melayu mendapat Kepujian Kelas ke 3 sahaja; tetapi malangnya kerana mereka itu adalah rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India atau Benggali, jangan mimpilah mereka akan dapat jawatan tersebut!
Tetapi Pakatan Rakyat yang memperjuangkan ajenda kesamarataan dan keadilan adalah jawapan kepada permasalahan ini. Seharusnya juga pegawai/kakitangan kerajaan berbangsa Melayu ini sedar bahawa sekiranya mereka tidak sedar keistimewaan ini dan menganggap mereka ini kebal, saya anggap mereka ini manusia yang bebal!
Justeru itu saya berharap pegawai/kakitangan kerajaan berbangsa Melayu harus berubah dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dari sudut hartanah melayu, saya fokuskan kepada Pejabat Daerah, Majlis atau Dewan Perbandaran yang sepatutnya memberikan perkhidmatan yang lebih baik dari sebelumnya iaitu dari permohonan tanah kerajaan, premium tanah, pengukuran tanah, permohonan tukar syarat penggunaan tanah, permohonan tukar milik dan lain-lain. Soal kebersihan dan kualiti kehidupan perbandaran juga harus menjadi ajenda penting untuk kesejahteraan rakyat dan harapannya masalah sampah, setinggan, banjir, dan lain-lain masalah rakyat bandar haruslah diutamakan dipandang berat.
Berganjaklah sebelum anda dianjakkan dan menjadi sejarah. Saya mohon maaf andai perkara yang saya timbulkan ini menyakitkan hati yang terlibat, tetapi percayalah kerana perjuangan juga saya terpaksa menyentuhnya. Jumpa lagi!

0 Ulasan