Berikutan pengumuman MB Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membeli hutang-hutang dalam Talam Corporation bagi saya adalah tindakan yang amat wajar dan sungguh berani. Sudah lama saya dan ramai pemain industri merasakan syarikat ini amat kebal apatah lagi dengan pengerusinya juga adalah kerabat Sultan Selangor sendiri (saya tak pasti adakah pengerusinya masih kekal hingga sekarang?) yang merasakan mereka berada di atas undang-undang dan sentiasa dapat melepasi setiap halangan ataupun cabaran yang dihasilkan oleh mereka sendiri, bukannya faktor-faktor luaran.
Umum mengetahui ramainya rakyat jelata yang menderita apabila sudah membeli hartanah-hartanah yang dijual oleh syarikat ini tetapi anehnya syarikat ini terus unggul berada di pasaran seolah tiada apa kesilapan dan kesalahan yang telah mereka lakukan. Sebagai pemain industri sudah tentu fenomena ini menjejaskan juga industri ini dan tindakan dari Kerajaan Negeri Selangor ini yang juga mempunyai saham terbesar dalam syarikat ini merupakan suatu tindakan yang benar-benar membantu rakyat terutamanya pembeli-pembeli hartanah yang terpaksa membayar hutang dan faedah bank tetapi hartanah mereka tidak dapat disiapkan!
Saya juga berharap agar penyusunan semula syarikat-syarikat Kerajaan Negeri Selangor dapat di `consolidate' kan terutama yang berkaitan dengan pembangunan hartanah bagi memberi lebih banyak keuntungan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga sosio-ekonomi rakyat dan penduduk negeri Selangor keseluruhannya.
Seringkali saya lemas dan sesak nafas melihat dahulunya Shah Alam Properties dan lain-lain yang mendapat banyak tanah dan kawasan yang berpotensi tetapi gagal diterjemahkan dengan kejayaan sebaliknya menimbulkan banyak masalah kemudian harinya yang akhirnya terpaksa menjual dan membuat JV yang lemah demi utk membayar gaji pegawai dan kakitangan.
Saya tidak bermaksud membuat tulisan ini untuk mencurahkan pasir ke dalam periuk pegawai dan kakitangan di dalam syarikat-syarikat kerajaan Negeri Selangor tetapi percayalah sebenarnya pasir telahpun berada di dalam periuk nasi anda itu! Dan harapnya janganlah Kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan berdasarkan senioriti seseorang pegawai demi untuk menjaga politik kerana sesungguhnya mereka ini telah 'kenyang' kerana duduk di situ dan sampai masanya mereka mengosongkan pejabat mereka seandainya mereka telah gagal menjalankan tugas atau silap mengurus dan memandu perniagaan syarikat.
Dan kepada Perbadanan Kemajuan negeri Selangor juga perlu ditelubusi dan diperkasakan semula dengan bermula menyelesaikan segera banyaknya masalah hartanah yang masih tidak bergeran sehinggalah kepada kaedah melantik pemaju, kontraktor dan lain-lain pembekal agar lebih terbuka, telus dan tidak bergantung kepada Pemaju-pemaju korporat yang berorientasikan keuntungan bukan untuk sosio-ekonomi rakyat.
Dan akhirnya saya berharap agar YAB MB dapat melihat sejenak dan fikirkan tentang pembangunan hartanah rezab Melayu yang kini semakin banyak bertukar kepada 'freehold' terbuka dan semakin banyak serta berleluasa tanah-tanah kampung Melayu berpindak milik berdasarkan kepada 'Power Attorney UnRevocable'- maknanya tidak boleh tebus.
Pembangunan memang tidak dapat dihalang seumpama air sungai mengalir, jika diempang pun ia akan mencari jalan keluar untuk terus mengalir! Atau ia akan menjadi musibah seperti banjir! Jadi mesti ada kaedah untuk memastikan ianya terus mengalir atau berkembang dalam konteks pembangunan hartanah. Sekiranya pemimpin-pemimpin Kerajaan Persekutuan masih lena mengapa tidak Kerajaan Negeri Selangor mendahului dengan menubuhkan sebuah dana pembangunan hartanah Melayu dengan membeli aset-aset tanah rezab Melayu dan mewujudkan Usahawan-Usahawan Hartanah Melayu untuk memajukannya?
Ingatlah bahawa pengundi di dalam PRU ke 12 lalu bukan memilih kerana parti politik sebaliknya sudah hilang kepercayaan kepada pengurusan Kerajaan Negeri Selangor secara keseluruhannya!

0 Ulasan