Apa yang lebih penting adalah memahami dan menyedari bahawa mereka adalah pemacu penjanaan yang menggerakkan ekonomi hiliran yang disambut dan digalas oleh peniaga-peniaga seperti pemaju2 perumahan, kontraktor2, perunding2 professional dan seterusnya. Barisan hadapan dan seluruh jentera PKNS hendaklah faham bahawa memakmurkan ekonomi terutama di bidang hartanah adalah kerja mereka dan sebarang tindak-tanduk mereka akan memberi kesan kepada ekonomi rakyat keseluruhannya terutama rakyat negeri Selangor. Saya harap selepas ini mereka menyemak semua perkara-perkara yang telah terlewat, terlambat dan menghargai masa terutamanya dalam pengeluaran hakmilik individu, Sijil Layak Menduduki dan mengatasi masalah setinggan dan rumah flat kos rendah.
Saya tegaskan bahawa akademi ini hendaklah diperluaskan kepada sebuah akademi yang mengajar dan melatih usahawan-usahawan di bidang pemajuan hartanah agar PKNS dapat menjadi peneraju kepada Program Pembangunan Usahawan Hartanah seperti yang diharapkan oleh saya dari www.hartanahmelayu.blogspot.com
Saya yakin dengan amalan jujur, telus dan berfikiran ilmuan serta dengan semangat jitu, PKNS akan lebih maju dan harapnya PKNS tidak menjadi sebuah syarikat kerajaan yang menjadi Pemaju Hartanah sebaliknya menjadi payung kepada usahawan2 Pemaju Hartanah. Terima kasih.

0 Ulasan