
Untuk mengira nilai jualan atau keuntungan bersih memang agak sukar dan memerlukan seseorang yang pakar mengira mengikut data-data yang dibekalkan oleh pihak kementerian tersebut. Jadi memadai secara rambangnya kita melihat nilai keuntungan kasar purata setiap unit tersebut sebanyak RM30,000 seunit, maka adalah dianggarkan nilainya adalah hampir dari RM4 bilion!
Ini tidak termasuk nilai purata keuntungan ke atas jualan-jualan bagi unit-unit kilang dan perindustrian, perdagangan termasuk kedai-kedai, pejabat, kompleks & pasaraya, apartment service (ketika itu masih belum dilesenkan di bawah Akta Pemaju Perumahan), hotel, resort dan chalet.
Siapakah kalangan yang berebut-rebut mengambil peluang untuk menikmati dan merasa kek yang bernilai RM4 bilion ini? Tidakkah ANDA mahu mengikut petunjuk potensi yang benar ini? Tidakkah anda terkelior untuk memperolehi setidak-tidaknya 1% dari kek keuntungan ini? Jadi rebutlah peluang ini ketika di Negara ini masih banyak lagi tanah-tanah kosong untuk dimajukan ataupun bangunan-bangunan lama yang perlu dimajukan semula.
(Dipetik dari buku 'Rahsia Menjadi Jutawan Pemaju Hartanah' yg sedang dalam proses akhir)
(Dipetik dari buku 'Rahsia Menjadi Jutawan Pemaju Hartanah' yg sedang dalam proses akhir)
1 Ulasan