Sesiapa sahaja boleh menjadi Usahawan Pemaju Hartanah, samada seorang peguam, akauntan, tukang masak, penoreh getah, peniaga ikan di pasar borong atau peniaga pasar malam, pegawai bank, Mak Andam, Ustaz/Tok Guru, cikgu, penyanyi, pemuzik, atau apa jua pekerjaan anda atau juga seorang pelajar atau siswazah. Anda cuma perlukan minat disertakan dengan kemahuan dan modal.
Anda cuma perlukan alamat yang tetap kerana perniagaan pemajuan tanah ini MENGAMBIL TEMPOH MASA YANG LAMA yang dianggarkan selama 1 hingga 3 tahun (bergantung saiz projek) untuk disiapkan sepenuhnya. Melainkan anda memang tiada pekerjaan sekarang atau dalam lain perkataan sedang menganggur, atau sedang menanti peluang kerja, anda haruslah menyewa sebarang premis untuk mendapatkan alamat tetap tersebut. Ini kerana kebanyakkan PBT dan pihak-pihak yang berkaitan dengan kelulusan sesebuah projek hartanah masih menggunakan cara lama iaitu surat. Mereka belum pandai lagi untuk gunakan teknologi email dan lain-lain cara moden yang boleh menjimatkan masa, tenaga dan kos.
Mulakan Sekarang, Anda Boleh Jadi Pemaju Hartanah
Tak percaya? Tak yakin? Tak berani? Tak ada modal? ini semua alasan saja. Siapa yang berminat bolehlah link kan FB anda atau share email anda ke hartanahmelayu@gmail.comInsyaAllah saya boleh bantu tetapi kepada yang berminat sajalah....Mulakan sekarang kerana harga tanah semakin hari semakin meningkat.
3 Ulasan