Pembangunan semula lapangan terbang lama di Sungai Besi turut direka untuk menyokong Greater KL sebagai jentera pertumbuhan baru.
Bandar Malaysia merupakan pembangunan bercampur yang bakal menggalakkan pendekatan kesesuaian didiami sebagai ciri-ciri urban tersendiri bagi Greater KL, dengan mengetengahkan prasarana hijau, perumahan mampan dan pelbagai kemudahan perniagaan serta gaya hidup.
Bandar Malaysia seluas 486 ekar dilihat mampu menjadi sebuah bandar inklusif yang berorientasikan pengangkutan awam. Ia direka untuk memudahkan orang ramai berjalan kaki melalui jalinan laluan pejalan kaki dan berbasikal yang selamat dan selesa, berlatarbelakangkan kehijauan dan kawasan terbuka yang luas.
Sebagai sebahagian daripada komitmen 1MDB untuk menyediakan perumahan mampu milik, Bandar Malaysia turut menyasarkan untuk menjadi tanda ukur bagi perumahan bandar yang mampan dan mampu dimiliki di Malaysia.
Konsep rumah mampu milik ini bertujuan menyediakan gaya hidup keluarga yang berkualiti dan mampu milik dalam bandar, mengkhususkan kepada kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat melalui penekanan terhadap kemudahan mesra kanak-kanak selain prasarana untuk gaya hidup yang terjamin dan selamat.
Dengan meneruskan penanda aras pembangunan hijau yang telah pun ditetapkan syarikat pembangunan strategik ini melalui TRX, Bandar Malaysia menyasarkan untuk mencapai pengiktirafan kelestarian tertinggi.
Sumber: http://1mdb.com.my/bm/current-business/bandar-malaysia
Bila kita buat perancangan terutamanya dalam mewujudkan sebuah projek hartanah yang berstatus bandar, bahasa teknikalnya adalah proposal. Proposal untuk Bandar Malaysia ini adalah baik, tetapi setakat mana ianya akan mengikut proposal awal? Mampukah 1MDB mengekalkan proposal ini dalam keadaan mereka telahpun membuat 'proposal atas proposal' iaitu bagi mengatasi masalah cair-tunai lalu hendak membuat jualan 'by-block' seperti yang diwar-warkan oleh CEO kepada pelabur atau pemaju-pemaju hartanah yang mampu membeli dengan harga premium, persoalannya adakah ianya mengambil-kira proposal terdahulu seperti membina rumah mampu milik?
Hakikatnya amat susah untuk kita jangkakan jika pelabur atau pemaju berhajat membuat pelaburan pastinya mereka akan melihat visi keuntungan lebih dari visi polisi kerajaan untuk kemudahan rakyat. Kita doakan saja agar proposal ini tidak berubah berdasarkan kepada visi awal tersebut. InsyaaAllah!
Hakikatnya amat susah untuk kita jangkakan jika pelabur atau pemaju berhajat membuat pelaburan pastinya mereka akan melihat visi keuntungan lebih dari visi polisi kerajaan untuk kemudahan rakyat. Kita doakan saja agar proposal ini tidak berubah berdasarkan kepada visi awal tersebut. InsyaaAllah!
0 Ulasan