Artikel ini adalah susulan dari berita yang dipetik dari SelangorKini bertarikh 5 Disember 2018 yang lalu di mana YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang berkara bahawa semua permohonan pendaftaran Surat Ikatan Amanah bagi lot tanah pertanian (lot lidi) telah ditolak berkuatkuasa pada 28 September lalu, sehinggalah satu dasar berkaitan dirangka dan diluluskan Pihak Berkuasa Negeri.
Arahan penolakan ini juga akan terpakai di semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Ini juga termasuk mengarahkan pihak Pentadbiran Tanah Selangor membasi penipuan penjualan tanah di negeri itu.
“Usaha ini dapat mencegah aktiviti penjualan lot tanah secara berleluasa tanpa mengikut syarat ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan atau Pihak Berkuasa Perancang", kata YAB Dato' Menteri Besar.
“Selain itu, pelbagai medium digunakan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang awam melalui hebahan informasi berkenaan risiko pembelian lot tanah di media sosial seperti facebook dan portal rasmi jabatan. Hebahan ini turut dipanjangkan ke Majlis Peguam Selangor untuk makluman, malah khidmat nasihat berterusan juga diberikan kepada mereka yang hadir terus ke PDT dan PTGS,” katanya lagi.
Untuk makluman, terdapat juga perumahan lot-lot lidi ini dibuat atas tanah kerajaan negeri dan diluluskan seperti di Kg. Wira Damai, Rawang, Sg. Buloh (seingat saya) namun atas nama alasan penyusunan semula setinggan di bawah Kerajaan lalu (kini pembangkang).
35 Tahun Sudah Berlalu - Pembeli Tanah Lot Lidi atau Tanah Lot Geran Kongsi Menanti Dasar Kerajaan Selangor!
Justeru itu ramai yang menanti apakah bentuk dasar yang ingin Kerajaan Negeri Selangor tetapkan khususnya kepada pembeli-pembeli tanah lot lidi atau tanah lot geran kongsi yang telah mereka diami sejak awal 80an lagi iaitu lebih 35 tahun yang lalu? Adakah mereka akan dihukum dengan langkah keras seperti meroboh dan mengusir mereka dari kediaman yang dibina secara tidak sah mengikut undang-undang Kanun Tanah Negeri? atau ada cara kelembutan dan ehsan untuk mengubah syarat tanah dan meluluskan lot-lot tersebut dengan syarat-syarat tambahan?
Apapun keputusannya, diharap Kerajaan Negeri dapat menyediakan satu dasar yang kompetif khususnya dengan menyedari bahawa masih terdapat banyak lagi tanah-tanah rezab Melayu yang terdapat di pinggir-pinggir bandar masih belum dimajukan dan usaha untuk memajukannya juga bukanlah semudah jika ianya adalah tanah 'freehold' ataupun 'open leasehold'.
Mengharapkan Syarikat-syarikat pemaju besar untuk mendiri dan menjual lebih banyak rumah mampu milik adalah sesuatu yang sukar dibuat oleh pemaju, contohnya berapa banyak unit-unit perumahan mampu milik ini dapat dibuat dalam skim Selangorku yang telah dilancarkan tahun 2015 lalu. Oleh itu jika ada satu skim untuk mempermudahkan tanah-tanah rezab Melayu di negeri Selangor yang menekankan kepada konsep mampu milik, sudah pasti ianya akan dapat membantu terutamanya memberikan saingan kepada harga hartanah siap akan datang.
Usahlah terpedaya dengan cita-cita pihak Kapitalis yang berusaha sebaik mungkin memanupulasi pasaran hartanah mewah! Dan bila saya sebut tentang kapitalis, ianya tidak hanya berada dalam sektor perniagaan sahaja, ianya terdapat juga pada kalangan ahli-ahli korporat dan pengurusan tertinggi GLC dan syarikat-syarikat Perbadanan Negeri!

Skim Lot Tanah Lidi Membolehkan Rakyat Memiliki Rumah Jauh Lebih Murah dari Skim Rumah Mampu Milik?
Selangor boleh dan berupaya menganjurkan pemajuan tanah-tanah rezab Melayu ini jika diusahakan sebagai sebuah Skim Kampung Warisan Melayu dengan lot-lot yang lebih kecil dan kemudahan infrastruktur yang dibantu kerajaan bersama TNB dan Syabas serta IWK. Asas kepada bantuan ini tidak boleh dipertikaikan kerana disebabkan taraf tanah rezab ini, ianya telah dijatuh-nilaikan oleh pihak-pihak kapitalis dan jika kerajaan membiarkan ianya bersaing sama dengan tanah 'freehold' atau 'open leasehold', tentulah ianya tidak adil. Ianya juga sudah tentu dapat membantu ramai rakyat Selangor khususnya anak-anak muda Melayu Islam dan bumiputera yang baru bekerja dapat membeli lot tanah dan membina rumah dengan harga yang lebih murah, jauh lebih murah dari skim Rumah Mampu Milik anjuran kerajaan dan pihak swasta pemaju-pemaju perumahan yang lain.
Hakikatnya, skim pemajuan lot lidi dan geran kongsi ini mampu membolehkan rakyat memiliki rumah jauh lebih murah dari skim rumah mampu milik anjuran Kerajaan Negeri dengan beberapa penambahbaikan terma dan syarat yang tidak membebankan mana-mana pihak. Modul contoh seperti yang telah disebutkan di atas seperti skim perumahan Kg Wira Damai di Batu Caves boleh dijadikan contoh untuk membuatkan penambahan atas 'adjustment' mana yang lemah wajar diperbaiki.

Soalnya adakah Kerajaan Negeri dan Dato' MB mempunyai wawasan dan wadah bagi membantu rakyat bangsa Melayu dan Islam serta Bumiputera Selangor dalam menangani permasalahan utama dalam kehidupan iaitu menyediakan tempat tinggal kepada rakyatnya. Hendak seribu daya, tak hendak akan ada seribu alasan.
#BMF #BuyMuslimFirst #lottanahgerankongsi #lotlidi
#BMF #BuyMuslimFirst #lottanahgerankongsi #lotlidi
0 Ulasan