Jadilah Usahawan Yang Mencari Rezeki Yang Diberkati Allah!


Sebenarnya artikel ini dah lama ditulis, sekitar tahun 2012 tetapi lupa nak tekan publish. Saya rasa cerita ini masih relevan lagi dan bersesuaian pula dengan kempen yang sedang hebat sekarang iaitu #BMF atau #BuyMuslimFirst tahun 2019 ini. Moga kempen ini berjaya ke peringkat seterusnya, insyaaAllah!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi-pagi ini saya teringat sahabat lama yang telah saya anggap sebagai 'abang angkat' iaitu Arif yang saya selalu gelar AyipDol! Sebenarnya minggu lepas saya ternampak 'missed call' tertera di telefon bimbit saya tetapi disebabkan leka dengan perkara-perkara lain saya tak teringat nak call semula sehinggalah pagi ini teringat semula lalu menghubunginya.

Saya terkedu bilamana mengetahui sebenarnya Arif cuba menghubungi saya untuk mengkhabarkan tentang pemergian ayahnya yang telah pulang ke Rahmatullah pada jasadnya berusia 88 tahun. Saya sekadar mampu mengucapkan salam takziah kepada Arif dan sebenarnya saya cukup kesal kerana keterlekaan saya menghubunginya lalu terlepas mengunjungi teratak orang tuanya di Rembau.

Pertanian Itu Perdagangan

Saya mengenangnya (arwah) sebagai seorang yang berjiwa besar walaupun hanya mempunyai kerjaya sebagai petani dan pekebun tegar, maksud saya beliau mengerjakan seluruh hartanahnya ke arah pertanian dan penternakan. Yang saya cukup ingat bila mengunjunginya dahulu sempena perkahwinan adik perempuan Arif ialah tentang bagaimana melihat beratus-ratus (mungkin ribuan!) ekor itik di halaman sehinggalah ke kebunnya!

Sebenarnya saya bukanlah pengunjung tegar ke kampung Arif ini tetapi cukuplah saya mengatakan bahawa saya cukup terpegun dengan kerjaya bapa Arif yang cukup bahagia dengan kerjanya tanpa hiruk-pikuk mengejar masa seperti di bandar ini tetapi sebenarnya sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan rajin berusaha pasti kita mendapat keberkatan rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Saya cukup terkesima apabila di waktu pagi aktiviti mengutip telur itik menjadi suatu pemandangan yang tidak akan dapat saya lupakan sehingga hari ini!

Skop usahawan pemaju hartanah tidak sahaja mencakupi bidang-bidang pemajuan hartanah dari pertanian kepada perumahan, perdagangan dan perkilangan tetapi jauh daripada itu ianya meliputi juga bidang pertanian, makanan dan perlancongan. Ianya boleh didefinasikan sebagai apa yang kita mahu berdasarkan kemampuan kita mengolah dan mengendalikan pemilikan hartanah kita menjadikan rezeki yang melimpah ruah kepada kita dan keluarga serta masyarakat. Dan apa yang lebih penting adalah mendapat berkat dan rahmah dari Allah SWT yang menjadi punca rezeki dan erti rezeki itu sendiri.

Pertanian itu perniagaan, wadah dari Tan Sri Muhyiddin Yasin sentiasa lekat di hati saya suatu ketika dulu.

Kaya dan Berjaya Bukan Tanda Bahagia

Memang ada rezeki yang boleh kita perolehi dari sumber yang dikeji oleh Allah yang pastinya tidak mendapat berkat dan rahmah dari Allah.  Namun saya cukup yakin bahawa rezeki yang diberkati itu lebih indah sehingga tidak dapat diungkap dengan kata-kata! Justeru itu kita dapat lihat mereka yang berjaya, kelihatan hartawan, billionares dan punyai empayar perniagaan seluruh dunia, tetapi masih resah dan gelisah, takut jika ekonomi jatuh, risau negara akan bankrap, risau itu dan risau ini.

Memanglah jiwa itu tiada usia, hanya jasad yang ada kiraan usia tetapi jika kebahagiaan itu tidak dikecapi bersama Allah yang mencipta kita, yang memberikan segalanya yang kita ada, dan akhirnya kita masih tiada masa berulit dan berkhalwat bersamaNya, itulah sebabnya jiwa itu sentiasa resah dan gelisah. Kaya dan berjaya itu bukanlah tanda bahagia, dan melihat pada Allahyarham ayah Arif ini menjentik insprirasi kepada saya tentang erti bahagia yang sebenarnya.

Itu tidak termasuk yang punya banyak harta tapi hidup dibelit dengan hutang...

Catat Ulasan

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik