Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan - antara hartanah yang dimiliki oleh Yayasan Hartanah Bumiputera |
Berilah Ubat Yang Betul
Fakta sakit umat Melayu dan bumiputera adalah ketidak-seimbangan pemilikan hartanah di Malaysia antara kaum menunjukkan yang menunjukkan kaum Melayu dan bumpitera begitu ketara ketinggalan dari pemilik bangsa lain dan warga asing bagi subjek pemilikan hartanah. Membuat atau menganjurkan lebih banyak lagi expo halal bukanlah ubat yang betul kepada penyakit ini! Ianya hanya bersifat sementara! Kempen BMF adalah yang terbaik, bermula dari kesedaran umat Muslim sendiri dalam membantu peniaga Muslim dengan mengutamakan membeli barangan atau produk Muslim sendiri. Dalam masa 3 bulan kempen ini berjalan, ianya sudah memberikan impak kepada ekonomi peniaga Muslim sendiri.Agak pelik juga bilamana kerajaan sekarang yang semasa menjadi pembangkang, begitu sensitif dan peka kepada setiap perkara yang berkaitan dengan kehendak rakyat samada minoriti atau majoriti, namun sekarang tidak lagi mahu bersama mereka. Malah menempelak dan membuat tuduhan-tuduhan yang liar dan juga termasuk melarang kawasan masjid yang merupakan premis ideal untuk dijadikan lokasi jualan barangan BMF ini! Ajaib sekali tingkah ini!
HM tidak mau membincangkan isu ini selanjutnya kerana ianya pasti berpanjangan kepada persaingan politik, namun ketidak pekaan kerajaan sekarang seolah menampakkan mereka tidak lagi berselera menjadi payung masyarakat marhaein, malah ingin bersikap kuku besi dengan 'memaksa' rakyat mengikut kehendak dan hala tuju kepimipinan mereka.
Kekangan dan halangan pemilikan dan penyewaan kedai dan tapak niaga ini pasti akan menjadi halangan terbesar kerana ini pastinya menjadikan produk-produk dan perkhidmatan Muslim menjadi lebih susah untuk dipamerkan secara terbuka dan offline, yang kini pun memang sudah menjadi masalah bilamana banyak produk Muslim tidak terdapat di pasaraya besar dan rangkaian supermarket bukan Muslim. Namun dari segi hikmahNya, umat Muslim di negara ini pastinya akan menjadi lebih kental dan berkeyakinan bahawa mereka seharusnya bermula dari sekarang untuk berusaha menjadi pemaju hartanah secara berjemaah dan mewujudkan sendiri premis perniagaan sendiri.
Sudah seharusnya umat Muslim menentukan sendiri halatuju hidup mereka berlandaskan syariah apabila sudah mula menguasai ekonomi. Sektor hartanah ini mampu menjadi satu lagi 'disruptive marketing innovation' dalam suasana bekalan hartanah terutamanya nilai harga rumah dan kedai tidak lagi masuk akal di negara ini, di mana rumah harga mampu milik juga sekarang sebenarnya tidak mampu dibeli oleh rakyat marhain.
Justeru itu HM menyorot sedikit tentang syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), iaitu syarikat pemegangan pelaburan hartanah anak syarikat milik penuh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) yang dibantu dan disokong penuh oleh kerajaan lalu. Ia ditubuhkan pada 8 Mei 2006 dengan matlamat untuk meningkatkan pemilikan Bumiputera di Malaysia. Kenderaan penyampaian utamanya ialah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), dana unit amanah patuh Syariah.
Perniagaan teras PHB adalah untuk mengambil alih dan membangunkan hartanah di lokasi utama di Malaysia dan berkongsi manfaat pemilikan daripadanya melalui penerbitan unit amanah kepada masyarakat Bumiputera melalui Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).
Menurut webiste AHB, terdapat beberapa projek pemajuan hartanah lain sedang berlangsung namun tidak terdapat informasi bagaimana pemajuan ini dilaksanakan dan tidaklah pasti samada AHB mahu memberikan informasi ini atau tidak.
Produk AHB Tidak Menyelesaikan Masalah Utama
HM merasakan usaha ini adalah baik tetapi tidak menyelesaikan masalah sebenar. Inilah yang dimaksudkan kewujudan AHB ini adalah ibarat memberi ubat yang salah kepada pesakit! Buat masa ini tumpuan AHB ini adalah kepada pemilikan hartanah komersial dan pulangan kepada rakyat adalah menerusi dividen saham bagi setiap syer. Pemilikan hartanah oleh AHB ini tidak menyelesaikan masalah ketidakmampuan peniaga Muslim atau pelabur Muslim untuk menyewa, memiliki dan menggunakan premis. Tidak ada jiwa perniagaan berdasarkan perjuangan Islam di sini!Melihat cara Kerajaan menilai perkembangan BMF adalah besar kemungkinan ianya tidak akan dibantu. Justeru itu kini peniaga dan penyokong BMF haruslah fokus membantu dan menyokong kepada penubuhan MALAKAT MALL yang dipelopori oleh Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad (KoPPIM) sebagai salah satu cara yang terdekat untuk kita Muslim bangkit dan memperkasakan ekonomi Muslim.
Malakat Mall Cyberjaya dijangka dibuka pada Januari 2020 akan datang. |
Apa itu Malakat Mall?
Di inspirasikan dari nama Kota Melaka, suatu tempat yang masyur dengan para pedagang suatu ketika dahulu, dan marilah kita baca lanjut di halaman facebook Malakat Mall.https://www.koppim.com.my |
0 Ulasan