![]() |
Photo by Steven Lynn on Unsplash |
ECRL: Pengorbanan Kampung Melayu Demi Kemajuan
Pengenalan
Projek Cadangan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini dalam fasa pembinaan akhir kini dikatakan akan menjadi simbol kemajuan infrastruktur Malaysia. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa projek ini penting untuk kemudahan rakyat, namun di sebalik angka pelaburan dan janji pembangunan, wujud realiti menyedihkan: ratusan keluarga Melayu dan Orang Asli kehilangan tanah, rumah dan pusara warisan demi memberi laluan kepada pembinaan projek ini.
Ketahui kesan sebenar projek ECRL terhadap kampung Melayu, tanah warisan dan komuniti Orang Asli. Siapa untung, siapa yang terkorban? Baca pendedahan di sini.
Antara Kampung Melayu Antara Paling Terjejas
1. Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang
Sebanyak 89 buah rumah, majoritinya milik keluarga Melayu, telah diambil alih. Penduduk menerima pampasan, namun ramai berasa kehilangan kampung halaman.
2. Kampung Sungai Chinchin & Batu 7, Gombak
Lebih 100 rumah menerima notis pengusiran secara mengejut, menimbulkan kegusaran dan tekanan emosi kepada penduduk.
3. Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak
Komuniti Orang Asli dipindahkan ke lokasi baharu yang jauh dari tanah adat, mengganggu ekosistem budaya dan sosial mereka.
4. Tanah Perkuburan Islam Selat Klang
90 kubur Islam dikenal pasti untuk dipindahkan demi laluan ECRL. Waris masih belum diberi penerangan lengkap dalam beberapa kes.
Siapa dan Kawasan serta Penempatan Mana Yang Tidak Terjejas?
Tiada laporan besar yang menunjukkan ladang kelapa sawit milik syarikat gergasi atau estet komersial dikorbankan. Ini menimbulkan persoalan tentang keadilan dalam pemilihan laluan projek.
Kesan Positif Projek ECRL (Yang Dijanjikan)
1. Menyambung Pantai Timur dan Barat
Laluan ini bakal memendekkan perjalanan dari Kelantan ke Lembah Klang daripada 8 jam ke hanya 4 jam.
2. Menurunkan Kos Logistik
Memberi faedah kepada pengusaha kecil dan IKS luar bandar, terutamanya di Terengganu dan Pahang.
3. Membuka Peluang Pekerjaan
Lebih 20,000 peluang pekerjaan diwujudkan termasuk latihan kemahiran teknikal dan pengurusan rel.
4. Pemangkin Pelaburan Bandar Baharu
Stesen ECRL berpotensi menghidupkan semula bandar-bandar kecil seperti Dungun, Temerloh dan Gua Musang.
Penutup: Pembangunan Sepatutnya Perlu Seimbang
Kita tidak menolak pembangunan. Tetapi pembangunan yang meminggirkan suara asal tanah, memindahkan waris, dan melupuskan pusara — itu bukan kemajuan, itu penghapusan warisan.
“Kampung boleh diroboh, penduduk rela-paksa diusir, tetapi maruah dan warisan tidak wajar dihapuskan. ”
Wajar untuk kerajaan untuk menjadikan nama dan sejarah kampung-kampung Melayu, kawasan perkuburan Islam dan penempatan orang Asli bukan sekadar dikenang dengan menamakan stesyen-stesyen, tetapi lebih dari itu hendaklah didokumentasi dalam bentuk kenangan warisan sejarah,
Lihat saja contoh nama stesen Kerinchi, Abdullah Hukum, generasi muda pun tertanya-tanya kenapa nama-nama ini diabadikan ke atas stesen tersebut! Jangan jadikan kecuaian atau kelalaian ini menjadi punca 'genosid budaya'. Atau adakah ini agenda yang memang disengajakan? Wallahualam!
Perlu ada muni muzium atau video-video nama-nama yang lenyap. Jangan pula letak nama dalam bahasa asing, gunalah Bahasa Melayu.
#genosidbudaya #kampungwarisan #kampungbaru #kampungSgBaru #ECRL
0 Ulasan