Petikan artikel dari Isma Nazom bin Abdul Hamid (Facebook)
10 ribu ekar tanah Hutan Simpan diteroka secara haram untuk tanaman durian selama lebih 30 tahun?
Dan baru sekarang kita mula ambil tindakan.
Selama 30 tahun ini semua pejabat hutan, pejabat tanah, PTG dan pejabat lain tidur ke? Tanya aje. Takkan seluas itu kita tak perasan. Bukan seekar dua.
Hutan simpan terbabit kalau ikut undang² langsung tak boleh disentuh dan perlu diganti waima sebatang pokok yang ditebang.
Maka kerana duit, kerajaan negeri cuba mengambil alih tanah tersebut melalui syarikat yang menimbulkan banyak persoalan. Maklumlah musang king harganya naik menggila.
Hutan simpan sudah hilang. Buang sahaja semua durian yang ada dan tanam semula semua pokok yang telah hilang. Barangsiapa yang menceroboh sepatutnya dikenakan tindakan undang² dan wajib mengganti balik dengan menanam semula apa yang telah hilang. Kita ada Kanun Tanah Negara!
Jika duit menjadi perhitungan maka akan berpanjanganlah kemelut di antara kerajaan negeri dan peneroka haram tersebut. Sudah mula turun naik mahkamah. Syarikat baru yang mengambil alih mula menangguk di air keruh.
Begitu juga jika kerajaan negeri takut kalah undi di kawasan tersebut, maka banyak tindakan undang² yang tidak berani dilakukan.
Di sebalik kemelut di atas, Melayu marhain yang memohon tanah tapak rumah masih menunggu berpuluh tahun tanpa jawaban.
MB Melayu, majoriti Exco Melayu, pejabat PTG Melayu, pejabat hutan Melayu, pejabat tanah Melayu, DO Melayu, ADO Melayu, SO Melayu untuk makluman saudara saudari sekelian. Akan tetapi kadar pemilikan tanah individu Melayu dari segi keluasan keseluruhan tanah di Pahang telah tertingggal jauh. Kajian telah menunjukkannnya dengan jelas. Bangsa lain yang memilikki tanah paling luas di Pahang walaupun penduduk majoritinya Melayu. Rasis ke? Tidak sesekali. Something is wrong somewhere!
0 Ulasan